Diego Costa menjalani proses pemulihan daripada pembedahan kaki dengan baik tatkala Atletico Madrid berharap agar penyerang itu cergas untuk berdepan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Costa tersisih selama sebulan dan penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian.
Pengendali Atletico, Diego Simeone, sebelum ini menafikan spekulasi Costa bakal dijual bulan ini tatkala kelab mengemas kini tentang proses pemulihannya.
"Costa memasuki fasa kedua pemulihan selepas kembali dari Brazil, di mana dia menjalani pembedahan di kaki kiri 5 Disember lalu," kata wakil Atletico.
"Penyerang kami menunjukkan perkembangan baik. Selain daripada menjalani fisioterapi dan latihan aerobik menggunakan basikal, rutin di dalam kolam renang juga ditambah."
Atletico turut dikaitkan dengan usaha membawa masuk penggempur Juve, Paulo Dybala, tetapi presiden kelab, Enrique Cerezo, meletakkan fokus untuk melihat Costa kembali.
"Pemain kegemaran saya dalam skuad Juve? Saya sangat sukakan Dybala," ujar Cerezo.
"Kami tidak memikirkan tentang pasaran. Apa yang penting adalah Costa pulih untuk aksi berdepan Juventus. Costa sangat penting buat kami dan kami mahu dia tampil dalam aksi itu."
Atletico akan melayan kunjungan Juve dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara 20 Februari depan sebelum perlawanan timbal balik berlangsung di Turin pada 12 Mac.