Chelsea menyenaraikan Diego Costa dalam skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun penyerang itu sedang berusaha untuk menyertai semula Atletico Madrid.
Costa tidak turun menyertai latihan sejak bermulanya saingan musim ini, selepas pengendali Chelsea, Antonio Conte, menyatakan bahawa pemain kebangsaan Sepanyol itu tiada dalam perancangannya.
Penyerang itu bukan pilihan Conte dan kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian, dilihat sebagai destinasi seterusnya buat Costa.
Costa merupakan pemain yang berpengaruh buat Conte selepas penyerang itu membantu Chelsea menjuarai EPL musim lalu, namun khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh bekas pengendali Juventus itu.
Costa menyuarakan keinginannya untuk kembali ke Atletico tetapi bekas kelabnya itu telah digantung daripada terlibat dengan jendela perpindahan sehingga Januari.
Pengurus Everton, Ronald Koeman turut mendedahkan keinginannya untuk membawa penyerang itu ke Goodison Park, tetapi jendela perpindahan telah ditutup dan Costa masih lagi bersama Chelsea.
Chelsea telah melakukan rekod perpindahan untuk menandatangani Alvaro Morata dari Real Madrid dan Michy Batshuayi merupakan penyerang senior dimiliki Chelsea bagi menghadapi musim 2017-18.