Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos, cergas untuk menghadapi Girona dalam Copa del Rey selepas pulih daripada kecederaan ringan, demikian Santiago Solari mengesahkan.
Pemain Sepanyol itu dikeluarkan selepas rehat ketika menentang Espanyol hujung minggu lalu selepas mengalami masalah lutut tetapi dia berjaya mengelak masalah yang lebih serius dan mula menjalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukannya, semalam.
Solari mengakui situasi itu mencetuskan kebimbangan kepada Madrid menjelang aksi 'derby' bertemu Atletico Madrid dan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) dengan Ajax, namun pengurus tersebut mengesahkan ketua pasukannya itu sudah bersedia untuk menyambung aksinya.
"Sergio sudah cergas," kata Solari dalam sidang berita pra-perlawanan. "Ia adalah satu perkara yang menakutkan apabila ia berlaku tetapi dia sudah pulih dan berlatih dengan rakan sepasukannya.
Hanya khidmat Jesus Vallejo tidak boleh diketengahkan Solari yang akan merencana bahagian serangan selepas Vinicius Junior menampilkan prestasi yang mengagumkan ketika ketiadaan pemain senior.
Ditanya mengenai pilihan di antara Vinicius dan Gareth Bale, pengurus itu memberitahu pemberita: "Ia bergantung kepada perlawanan. Setiap perlawanan mempunyai skrip yang berbeza.
"Berita baiknya, semua pemain sedia diturunkan selain Vallejo yang telah memulakan latihan. Kami akan mempunyai persaingan yang sihat dalam skuad ini dan ia boleh memberi manfaat untuk memacu kami.
"Kami gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan Vinicius. Dia baru tiba di sini dan dia telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Kami mempunyai skuad yang hebat. Semua orang bekerja keras sementara Vallejo sedang berlatih secara berasingan dan bekerja keras."
Solari hanya ingin mengulas mengenai skuad semasa Madrid menjelang jendela perpindahan kedua yang akan berakhir minggu ini dan pengurus itu enggan mengulas apabila kelab itu dikaitkan dengan penggempur Eintracht Frankfurt, Luka Jovic.
"Saya fikir kami mempunyai skuad yang baik, kami akan berjuang dalam ketiga-tiga kejuaraan," katanya.
"Pasukan ini dalam keadaan baik, mereka sentiasa bersemangat untuk menghadapi setiap perlawanan. Anda boleh melihat senario itu dalam sesi latihan."