Skip to main content

Bola Sepak

Copa del Rey: Inaki Williams bantu Athletic singkir Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inaki.jpg
Inaki Williams berlari pulang dari Afrika berdepan Barcelona dalam saingan Copa del Rey dan membawa Athletic Bilbao mara ke separuh akhir dengan menjaringkan gol penting ketika meraih kemenangan 4-2.

Williams bermain ketika Ghana seri 2-2 dengna Mozambique, dan melepas mereka telah tersingkir, dia pulang tepat pada masa untuk membantu Athletic menyingkirkan juara Sepanyol sekali gus meningtkan lagi tekanan kepada jurulatih, Xavi Hernandez.

Athletic menyumbat masuk gol seawal minit pertama menerusi Gorka Guruzeta, namun Barcelona bangkit dengan dua jaringan daripada Robert Lewandowski dan bintang muda, Lamine Yamal.

Oihan Sancet menyamaakan kedudukan dalam separuh masa kedua untuk mengheret permainan ke masa kecederaan kemudian melakukan bantuan jaringan Inaki Williams kembali memimpin permainan.

Adik kepada Inaki, Nico Williams melengkapkan kemenangan sekaligus memastikan kemenangan penuh bergaya Athletic kepada atas Barcelona.

Selepas Barcelona dihina Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol baru-baru ini, Xavi mengakui pasukan itu perlu memenangi trofi musim ini.

Lapan mata ketinggalan dari puncak LaLiga, rekod pemenang Copa del Rey 31 kali melihat piala itu sebagai laluan mudah untuk meraih trofi, tetapi tersingkir pada malam yang mengecewakan di San Mames.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video