Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Uruguay remukkan impian Amerika Syarikat di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uruguay.jpg
AS 0 URUGUAY 1 

Amerika Syarikat (AS) tersingkir daripada Copa America 2024 selepas kecundang 0-1 kepada Uruguay, yang mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan C.


Kekalahan di Stadium Arrowsmith sebentar tadi ditambah pula dengan kemenangan 3-1 Panama ke atas pasukan tercorot, Bolivia, menyaksikan impian Stars and Stripes berkecai di peringkat pertama, bahkan di laman sendiri. 

Walaupun kedua-dua pasukan secara amnya tidak begitu kreatif di depan pintu gol lawan, jaringan Mathias Olivera pada minit ke-66 sudah cukup untuk memadam impian tuan rumah.

 

Sementara itu, Uruguay memastikan rekod 100 peratus  untuk mara ke peringkat lapan terbaik dan mengadakan pertembungan dengan naib juara Kumpulan D yang akan menanti mereka di Las Vegas, Ahad depan. 


Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan peluang menangi hadiah sepanjang musim di sini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video