Kehadiran Neymar di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), belum cukup membangkitkan keghairahan Brazil dalam memburu kemenangan ketika membuka kempen Copa America 2024, sebentar tadi.

Bintang Al-Hilal yang dibelenggu masalah lutut itu hadir ke Stadium SoFi bagi menyorak rakan sepasukannya yang sedang berjuang, tapi Selecao kempunan untuk mengutip tiga mata selepas Costa Rica berjaya memastikan kekebalan mereka sepanjang 90 minit permainan.

Malah, ketika menuju ke stadium itu, Neymar yang sedang menaiki kereta sempat berhenti di lampu isyarat dan meminta sehelai jersi Brazil daripada peniaga jalanan.





Setelah menghampiri kenderaan dinaiki bekas pemain Barcelona, barulah peniaga itu perasan lalu memaklumkan kepada rakan-rakannya dan mereka sempat beramah mesra.




Bagaimanapun, Neymar tidak dapat menyembunyikan reaksinya apabila menggeleng-gelengkan kepadanya berhubung prestasi pasukan kebangsaannya yang jelas kurang kreatif untuk menembusi pintu gol Costa Rica untuk terpaksa berpuas hati dengan keputusan 0-0.