Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Copa America: Lionel Messi masih berbisa inspirasi utama kemenangan Argentina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
ARGENTINA 2 KANADA 0 

Lionel Messi yang akan mencecah usia 36 tahun, tiga hari lagi, menjadi susuk penting ketika Argentina membenam Kanada 2-0 ketika memulakan misi mempertahankan gelaran Copa America 2024, sebentar tadi. 


Bintang Inter Miami tersebut turut terlibat ketika Argentina membuka akaun jaringan menerusi Julian Alvarez pada awal babak kedua pertemuan di Stadium Mercedes-Benz, Amerika Syarikat itu. 

Messi sendiri mempunyai beberapa peluang menarik tetapi gagal melepasi halangan terakhir berdepan penjaga gol. 

Namun, umpanannya kepada Lautaro Martinez pada minit ke-88 dimanfaatkan untuk kedudukan 2-0.


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video