Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Kanada masih terpukau dengan sentuhan Lionel Messi

messi.png
Lionel Messi terus memukau ketua jurulatih Kanada, Jesse Marsch selepas memberi inspirasi kepada Argentina untuk membuka langkah kanan dalam Copa America pagi semalam. 

Juara dunia itu membenam Kanada 2-0 di Atlanta dengan mempamerkan gerakan yang mengagumkan dalam misi mempertahankan gelaran Amerika Syarikat (AS). 

Messi memainkan peranan penting apabila mencipta gerakan untuk gol yang disumbangkan Julian Alvarez dan Lautaro dalam separuh masa kedua.

Gol Martinez itu menyaksikan Messi mencatatkan hantaran jaringan ke-17 dalam Copa America. 

Sejak 2011, dia tiga kali ganda telah mencipta gerakan gol berbanding pemain lain sepanjang pertandingan itu, manakala Angel Di Maria dan Alexis Sanchez menduduki tempat kedua dengan lima.

Prestasi Messi yang dua hari lagi akan mencecah umur 37 tahun dan telah berada dalam kancah profesional selama 20 tahun masih mampu mengejutkan lawannya, termasuk Marsch.

Marsch berasakan pasukannya telah melakukan apa yang mereka mampu untuk kekal kompak tetapi dengan kehadiran Messi -- yang mencipta lima peluang yang mendahului permainan --terbukti menjadi jurang besar.

"Ya, dengan Messi kami banyak bercakap tentang posisi kompak dan kemudian mengenal pasti ruang yang dia gemari," jelas Marsch selepas perlawanan.




“Kami bercakap mengenai elemen berlakon merebahkan badan memandangkan adalah sukar untuk memenangi terjahan dengannya. 

“Jika anda mula turunkan badan setiap kali terjahan berlaku, dia pula sebaliknya amat cekap untuk terjatuh, kemudian bergerak dan bangkit sebelum membuat sedikit gerakan akhir. 

“Inilah yang saya katakan tentang Messi: Saya telah beberapa kali berlatih sempena menghadapinya dan saya rasa kami mempunyai perancangan perlawanan yang baik, malah kami telah melaksanakan banyak perkara yang baik.

"Tetapi dia amat cekap, dia begitu bagus hingga dia masih mampu mengatur permainan. Dua umpanannya terhadap dua gol kemenangan ini adalah bertaraf dunia.

"Menakjubkan, sungguh mengerikan. Sungguh menakjubkan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video