Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Brazil, Argentina elak bertemu Chile

chile.jpg
Brazil dan Argentina berjaya mengelak daripada bertemu juara bertahan, Chile, dalam undian peringkat kumpulan Copa America 2019.

Tuan rumah, Brazil, diundi dalam Kumpulan A dan akan bertemu Bolivia, Venezuela dan Peru.

Argentina pula diletakkan dalam Kumpulan B yang turut dilengkapkan Colombia, Paraguay, dan pasukan jemputan yang juga tuan rumah Piala Dunia 2024, Qatar.

Satu lagi pasukan jemputan, Jepun, diundi dalam Kumpulan C bersama Ecuador, Uruguay, dan Chile -- yang memburu kejuaraan ketiga berturut-turut selepas menumbangkan Argentina dalam final dua edisi terdahulu.



Copa America 2019 akan berlangsung dari 14 Jun hingga 4 Julai depan, dengan Brazil memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2007.

Bagaimanapun, kehadiran Lionel Messi dalam kejohanan itu masih menjadi tanda tanya memandangkan dia belum pernah mewakili Argentina sejak saingan Piala Dunia tahun lalu.


Undian Copa America 2019

Kumpulan A: Brazil, Bolivia, Venezuela, Peru

Kumpulan B: Argentina, Colombia, Paraguay, Qatar

Kumpulan C: Uruguay, Ecuador, Jepun, Chile 
 

Advertisement

Must Watch Video