Skip to main content

Bola Sepak

Cooper tidak akan ubah berpendirian di Nottingham Forest

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

steve-cooper.jpg
Steve Cooper tidak pasti adakah dia hampir dipecat Nottingham Forest sebelum membuat kejutan minggu ini dengan melanjutkan kontraknya hingga 2025.

Selepas menamatkan penantian 23 tahun untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest terperosok di tangga tercorot apabila mengalami kekalahan kelima berturut-turut minggu lalu. 

Namun, Cooper terus diberi kepercayaan untuk mengemudi kelab itu selepas mereka mengikat 22 muka baru pada musim panas lalu. 

“Sama ada ia dibincangkan, saya tidak tahu. Itu hak kelab ke atas mana-mana pengurus -- tidak tertakluk saya seorang sahaja," katanya yang sedang merencana strategi untuk menghadapi Aston Villa, Selasa depan. 




“Saya berpesan kepada diri sendiri apakah yang bakal ditempuhi apabila saya menyertai bola sepak pasukan utama termasuk sebelum ke Swansea lagi. 

“Saya masih berpegang kepada janji itu. Tidak kira masa senang atau sukar, sebagai pengurus maka saya harus berpegang teguh terhadap pendirian sendiri dan siapa saya. 

"Saya berjanji kepada diri sendiri pasti akan ada saat-saat sukar. Saya agak bernasib baik kerana ia tidak begitu membebankan dalam tiga tahun saya dalam bidang pengurusan.

"Dan sebenarnya saya tidak begitu melaluinya. Tetapi ketika ini kami perlu terus berpegang tegus terhadap apa yang kami percayai.”

Advertisement

Must Watch Video