Pengendali Chelsea, Antonio Conte, memuji persembahan yang dipamerkan oleh Alvaro Morata serta menyifatkan penyerang itu sebagai "pemain yang lengkap".
Pemain kebangsaan Sepanyol, Morata, meninggalkan Stadium bet365 dengan membawa pulang bola perlawanan selepas meledak hatrik ketika membantu pasukan meraih kemenangan 4-0 ke atas Stoke City.
Conte menegaskan bahawa bekas pemain Juventus itu sudah mula membiasakan diri dalam pasukan bagi membuktikan kebolehannya untuk dipilih sebagai penyerang utama pasukan.
"Morata tidak melupakan pengalaman-pengalamannya sebelum ini, kurang beraksi untuk Juventus atau Real Madrid," kata Conte.
"Kini dia memiliki peluang untuk membuktikan kualiti sebenarnya sebagai penyerang berbisa. Dia masih muda, hanya berusia 24 tahun.
"Ia merupakan satu perkara yang penting untuk Chelsea. Saya berasakan dia sudah mendalami gaya permainan kami, idea pasukan.
"Anda dapat melihatnya ketika berdepan Stoke, Morata memberikan kesukaran untuk pertahanan lawan. Ia membuktikan bahawa dia adalah seorang pemain yang lengkap," katanya lagi.
Penyesuaian diri Morata dengan gaya permainan fizikal di England turut diberikan pujian oleh Conte.
"Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sukar, terutama sekali untuk penyerang.
"Dalam perlawanan, akan ada banyak pelanggaran, terjahan dan asakan yang dilakukan bagi menghentikan gerakan ketika menyerang.
"Morata menyesuaikan diri dengan baik, kini dia perlu terus bekerja keras untuk mengekalkan momentum ini," tambahnya.
Chelsea bakal menghadapi minggu sukar bermula dengan aksi Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Atletico Madrid sebelum menerima kunjungan Manchester City di Stamford Bridge.