Skip to main content

Bola Sepak

Conte dedah perbezaan peranan McTominay di Napoli dan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mctominay.jpg
Antonio Conte mendedahkan perbezaan utama peranan Scott McTominay di Napoli dan Manchester United.

Pendahulu Serie A, Napoli, akan meneruskan rentak cemerlang mereka apabila berdepan Lecce, selepas menewaskan Torino 2-0 dalam aksi terdahulu.

Dua jaringan McTominay dalam kemenangan Napoli membantu dirinya terus cemerlang di Italy berikutan perpindahan dari Man United musim panas lalu, dengan media Itali memuji persembahannya.

Dia menyertai Napoli dari Man United dengan yuran perpindahan bernilai GBP25.7 juta, dengan pemain kebangsaan Scotland itu menyerlah di bawah kendalian Conte.

McTominay menjadi pemain utama di bawah kendalian pengurus kelahiran Itali itu, yang membandingkan peranannya di Napoli dan Man United.

Conte, turut pernah berkhidmat di Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea, menegaskan bintang pemainnya itu 'tidak pernah mempunyai peranan utama di Man United' seperti di Napoli.

Dia berkata, “Saya selalu bercakap tentang perlu mencari penyelesaian kerana melihat senarai pasukan saya selalu mengatakan bahawa anda tidak menemui banyak gol daripada pemain individu.

“Apabila terdapat situasi seperti ini, anda tidak boleh bergantung hanya kepada 2-3 pemain yang menjaringkan gol, anda perlu mencari mencari penyelesaian secara taktikal.

"McTominay jelas lebih cemerlang hari ini berbanding ketika dia tiba, dia sendiri berasa lebih lengkap, dengan lebih banyak pengetahuan, dia juga mencapai tahap penting dalam usianya untuk memahami ke mana hala tuju dalam kariernya, dia tidak pernah mempunyai peranan utama di United seperti kami berikan dia di sini."

Pemain berusia 28 tahun itu telah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuk 10 gol liga.

Adil untuk mengatakan dia menikmati musim terbaik dalam kariernya dalam kempen pertamanya di Itali selepas meninggalkan England.

McTominay akan berusaha untuk memenangi kejuaraan liga pertama dalam kariernya kerana Napoli menyasarkan untuk memenangi kejuaraan liga keempat mereka dalam sejarah kelab itu.

 

Advertisement

Must Watch Video