Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte, memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berada di Stamford Bridge bagi jangka masa yang panjang,
Conte memulakan kariernya di England dengan cemerlang, membantu chelsea kembali menjuarai takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merakamkan 30 kemenangan dalam 38
perlawanan.
Bekas pengendali Juventus dan Itali itu tidak menandatangani kontrak lanjutan dan terdapat beberapa spekulasi beliau akan mengambil alih Inter, selepas kontraknya berakhir.
Conte mendedahkan perancangannya untuk kembali ke Itali selepas 'projek' di Chelsea mencapai konklusi.
"Saya memiliki kenangan untuk Itali," katanya. "Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa saya tidak akan berada di luar negara buat jangka masa panjang.
"Sebaik tugas saya di England berakhir, saya akan kembali ke Itali. Saya tidak tahu bila tetapi ia adalah sasaran saya.
"Saya akan menyempurnakan projek saya bersama Chelsea dan melihat kesinambungannya. Pengalaman di England banyak memberikan pengajaran kepada saya. Saya juga mahu bekerja sebagai pengarah sukan pada masa akan datang."
Chelsea menduduki tangga ketiga saingan EPL, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, yang akan membuat kunjungan ke Stamford Bridge pada Sabtu.