Skip to main content

Bola Sepak

Collina tinggalkan jawatan pengadil UEFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

collina.jpg
Pierluigi Collina meletak jawatan sebagai ketua pegawai pengadil Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), demikian badan induk bola sepak Eropah itu mengesahkannya.

Collina akan digantikan oleh Roberto Rosetti selepas memilih untuk meninggalkan jawatan tersebut atas sebab peribadi.

Rosetti, yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa pengadil UEFA, akan mengambil-alih peranan itu selepas bertanggungjawab terhadap sistem VAR dalam Piala Dunia 2018 di Russia.

"Roberto merupakan pilihan semula jadi untuk tugasan itu," kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin. 

"Pengalaman, pengetahuan dan kedudukannya terhadap sukan ini cemerlang dan saya tahu dia pasti dia akan mengetuai jawatankuasa itu dengan keghairahan dan semangat."

Collina menduduki kerusi itu selama lapan tahun dan kehadiran bekas pengadil berusia 58 tahun itu mengukuhkan lagi peranan Pusat Kecemerlangan Pengadil.

"Pierluigi membawa visi, persefahaman dan bakat yang sama terhadap peranannya dalam UEFA seperti mana yang dipamerkannya ketika mengadili perlawanan," tambah Ceferin. "Saya ingin mengucapkan terima kasih atas komitmennya selama ini."

Collina, yang dianggap sebagai pengadil terbaik dalam sejarah bola sepak merupakan pegawai perlawanan untuk final Euro 2008.

Advertisement

Must Watch Video