Skip to main content

Bola Sepak

Cklamovski sahkan tiga pemain warisan bakal sertai Harimau Malaya

peter-cklamovski-nwe.jpg
Revolusi Harimau Malaya tampak bukan omong kosong apabila ketua jurulatih, Peter Cklamovski, mengesahkan tiga pemain warisan negara akan menyertai kem latihan pusat bermula Isnin depan.

Ia didedahkan sendiri pengendali dari Australia itu ketika mengumumkan senarai skuad 'sulung' di bawah bimbingannya yang turut menyaksikan kerinduan Faisal Halim akhirnya terubat.

"Semua pemain Malaysia serta urusan pemain warisan kini berada di peringkat akhir, dan berita baik akan diumumkan minggu depan untuk beberapa pemain," katanya dalam sidang media.

"Buat masa ini hanya tiga pemain dan selebihnya akan diumum pada Jun."

Skuad Harimau Malaya bakal beraksi dalam saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal 25 Mac ini.

Aksi pertama Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
 

Advertisement

Must Watch Video