Skip to main content

Bola Sepak

City tidak harapkan ihsan Liverpool -- Grealish

grealish.jpg
Jack Grealish tidak mengharapkan sebarang bantuan lagi daripada Liverpool apabila menyeru Manchester City supaya memenangi baki perlawanan mereka bagi melengkapkan misi mempertahankan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL). 

City merampas kedudukan puncak apabila membelasah Newcastle United 5-0 semalam selepas barisan asuhan Jurgen Klopp itu diikat 1-1 dengan Tottenham, malam sebelumnya. 

Selepas mengharungi sembilan perlawanan liga tanpa kalah dengan memenangi tujuh daripadanya, City memiliki kelebihan tiga mata menuju ke dua perlawanan terakhir musim ini dan akan bertandang ke Wolves untuk perlawanan seterusnya, Khamis ini, selepas Liverpool diuji Aston Villa, awal pagi esok. 

Grealish, bagaimanapun, berkata City hanya perlu fokus untuk memenangi baki perlawanan mereka untuk dinobatkan sebagai juara dan berpendapat adalah tidak mungkin Liverpool akan mengulangi kesilapan mereka. 

"Liverpool adalah pasukan yang hebat dan saya tidak fikir mereka akan tergelincir lagi," katanya. 





“Kami perlu kekal menguasai bola dan pergi dan mengutip mata maksimum.

"Bagi saya, EPL adalah liga terbaik di dunia. 

"Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam baki perlawanan ini, jadi kami perlu kekal kental dan mengekalkan penguasaan kami.

"Kami tidak boleh bersikap sambil lewa dan ia akan menjadi tiga perlawanan yang sangat sukar.

"Kami perlu mendapatkan mata maksimum jika kami mahu menjulang kejuaraan."

Advertisement

Must Watch Video