Skip to main content

Bola Sepak

City tidak boleh terlalu yakin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pepguardiola-cropped_4qu58feau79f14sdrhtbdmvwp.jpg
Pep Guardiola menegaskan pemain-pemainnya tidak boleh berasa terlalu yakin dengan prestasi semasa menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang kelab yang turut berada dalam prestasi sama dalam Serie A, Napoli.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Etihad bagi aksi Kumpulan F tatkala masing-masing mengharungi musim yang cemerlang di peringkat domestik dan mendahului carta liga.

Rekod keseluruhan City dan Napoli menunjukkan mereka telah menjaringkan 55 gol dalam 16 perlawanan, namun bagi Guardiola yang memegang jawatan pengurus Manchester City sejak musim lalu, dia tidak mahu anak buahnya terbawa-bawa dengan aksi sebelum ini.

"Saya akan menunjukkan kepada pemain-pemain tentang segala perkara yang mereka perlu tahu mengenai Napoli.

"Jika mereka memikirkan prestasi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh membantu, mereka bodoh. Ia tidak boleh berlaku dan itu adalah sasaran saya.

"Saya akan menunjukkan kepada mereka sama seperti sebelum bertemu Shaktar Donetsk. Napoli dan Shaktar memiliki sedikit persamaan dalam gaya permainan.

"Apa yang membezakan adalah Shaktar menunggu dalam setiap pergerakan sementara Napoli akan menghukum anda dengan tekanan tinggi. Saya gembira dapat berdepan dengan perlawanan sebegini," kata Guardiola.

City kini mempunyai kelebihan tiga mata dalam carta Kumpulan F selepas menundukkan Feyenoord dan Shaktar.

Sambil menamakan Napoli sebagai salah satu pasukan terbaik di Eropah, dia menolak untuk meletakkan skuadnya dalam kategori sama.

"Itu bukan bidang kuasa saya dan lebih baik saya tidak bercakap tentang perkara itu," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video