Pep Guardiola tidak menolak kemungkinan pasukan kendaliannya, Manchester City, perlu memenangi kesemua baki saingan musim ini untuk memintas Liverpool dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Bercakap menjelang kunjungan pasukannya ke laman Newcastle United awal pagi nanti, pengendali City itu menyedari Liverpool yang diterajui Jurgen Klopp itu tidak akan melepaskan banyak mata.
The Reds kini berkelebihan empat mata di puncak liga.
Bagaimanapun, City berpeluang untuk merapatkan jurang tersebut memandangkan perlawanan di antara Liverpool dan Leicester City hanya akan berlangsung awal pagi Khamis.
City menghimpunkan 100 mata untuk meraih kejuaraan musim lalu dan Guardiola ditanya sama ada jumlah sama diperlukan untuk mereka mengekalkan kejuaraan musim ini.
"Rekod itu tidak penting, namun kami memerlukan banyak kemenangan.
"Mereka (Liverpool) tidak akan terlepas banyak mata," kata Guardiola, yang pasukannya akan mengumpul 101 mata andai memenangi baki 15 perlawanan musim ini.
"Saya tidak tahu apa yang kami perlu lakukan. Apa yang pasti, kami memerlukan banyak kemenangan.
"Kami pasti dapat melakukannya.
"Mereka juga sedar akan situasi ini.
"Sebelum ini 85, 87, 89 mata sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan liga.
"Kini, anda memerlukan mata yang melebihi angka 90 untuk bergelar juara," katanya.
Bagaimanapun, bekas pengurus Barcelona itu tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa yang berlaku dalam bilik persalinan di Anfield sambil menegaskan tumpuannya perlu terarah kepada pasukannya sendiri.
"Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Saya tidak berada dalam bilik persalinan Klopp.
"Apa yang perlu kami lakukan adalah sentiasa meraih kemenangan agar mereka sedar kami sentiasa bersedia untuk memintas mereka," tambahnya.
Newcastle kini sedang bergelut untuk memastikan kelangsungan mereka dalam liga divisyen utama dan Guardiola tidak akan memperlekehkan skuad kendalian Rafa Benitez itu.
"Kami perlu bersedia menentang setiap lawan.
"Newcastle akan mengubah sistem mereka pada 10 atau 15 minit terakhir permainan.
"Itu yang diinginkan penyokong mereka dan suasana di stadium mereka amat luar biasa.
"Mereka mampu mencipta percubaan yang muncul secara tiba-tiba.
"Saya tidak mahu katakan mereka akan bertahan.
"Mereka mampu beraksi menyerang dan mengubahnya dalam sekelip mata," katanya lagi.