Misi Piala Dunia Futsal 2024 menjadi agenda ketua jurulatih negara, Chiew Chun Yong, seandainya dia masih diberi kepercayaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membimbing skuad negara.
Nasib Chun Yong bakal ditentukan Selasa ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.
Sepanjang tempoh dua tahun memainkan peranan sebagai jurulatih, Chun Yong berjaya menaikkan kedudukan ranking dunia Malaysia ke tangga ke-53 selain muncul naib juara Kejohanan Piala AFF dalam dua edisi berturut-turut serta memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Baginya, jika dia diberikan masa dan sumber yang lebih, dia mampu mencapai aspirasi untuk membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia 2024.
"Saya mahu Malaysia menembusi tahap saingan Kejohanan AFC serta mampu mara ke separuh akhir dalam setiap kejohanan, sebenarnya ini adalah sasaran utama saya.
"Banyak lagi tugas perlu dibereskan di peringkat akar umbi. Program yang dirancangkan kini sudah memasuki fasa pertengahan, oleh itu saya harap dapat mencapai hasrat itu.
"Sekiranya diberikan lanjutan kontrak, sudah tentu langkah ini akan membolehkan saya meneruskan tugasan saya," kata Chun Yong.
Venue untuk Piala Dunia 2024 masih belum diketahui, namun yang pasti lima slot diperuntukkan untuk zon Asia daripada keseluruhan 24 tempat.
Malaysia pula kali terakhir beraksi dalam Piala Dunia adalah pada 1996 di Sepanyol dan ketika itu diwakili beberapa pemain ternama seperti Azman Adnan, Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan.
"Jika FAM masih menaruh kepercayaan dan menyambung kontrak saya, sudah tentu saya berasa gembira dan dihargai.
"Jika tidak, kami akan melihat pilihan dan peluang yang lain," katanya lagi.