EPL

Chukwuemeka bakal bersama pasukan gergasi Serie A?

Stadium Astro
Adli Aidy
12/01/2025
06:48 MYT
Sponsor Banner
Chukwuemeka bakal bersama pasukan gergasi Serie A?
Pemain tengah Chelsea, Carney Chukwuemeka, dalam radar sempena perpindahan musim sejuk ketika ini.
Chukwuemeka yang berasa kurang dimanfaatkan sehabis baik di bawah kendalian Enzo Maresca sudah mendapat persetujuan untuk dilepaskan dan dijangka meninggalkan Stamford Bridge dalam misi meningkatkan minit permainan.
Kontrak pemain berumur 21 tahun itu adalah sehingga bulan Jun 2028, namun Chelsea difahamkan sanggup melepaskan Chukwuemeka dalam jendela kedua musim ini.
Menurut laporan dari sumber dalaman, beberapa kelab berminat dengan khidmat pemain kelahiran Austria itu.
AC Milan berkemungkinan menjadi destinasi bakat muda itu dengan kontrak selama enam bulan.
Dalam pada itu, bekas kelab Chukwuemeka, Aston Villa juga dikhabarkan berminat untuk merekrutnya semula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video