Chelsea mengumumkan rekod pendapatan baru pasukan itu sebanyak £443.4 juta (RM2.3 bilion) setahun pada 30 Jun 2018.
Pasukan itu mengumumkan keputusan itu semalam, di mana mereka meraih peningkatan sebanyak 22.7 peratus daripada tahun sebelumnya ketika mereka meraih £361.3 juta (RM1.9 bilion).
Ia merupakan kali pertama dalam sejarah pasukan itu berjaya meraih pendapatan melangkaui angka £400 juta (RM2.1 bilion) dalam tempoh 12 bulan.
Dengan rekod itu, Chelsea turut meraih keuntungan bersih £62 juta (RM326.6 juta) selepas cukai.
Kelab itu mengesahkan kejayaan itu turut disumbangkan keuntungan mereka dalam perpindahan pemain seperti Nemanja Matic dan Diego Costa dengan pendapatan £113 juta (RM595.2 juta).
"Kelab ini telah memecahkan rekod pendapatan dan margin keuntungan dari tahun ke tahun.
"Ia berlaku berdasarkan penyertaan di peringkat Eropah dan kejayaan dalam Liga Perdana Inggeris yang telah membina landasan perniagaan yang baik bagi menyediakan keperluan dan kejayaan pasukan," kata Pengerusi Chelsea, Bruce Buck, dalam laman web rasmi pasukan itu.