Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea umum kerugian selepas cukai GBP145.6 juta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea-logo-021915-usnews-getty-ftr_1rpid8jk011ik1dn2yj5vvp4ag.jpg
Chelsea telah mengumumkan kerugian selepas cukai £145.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.

The Blues melaporkan keuntungan £36.4 juta pada tahun sebelumnya, tetapi pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada kewangan kelab.

Perolehan Chelsea meningkat daripada £387.8 juta kepada £416.8 juta disebabkan peningkatan hasil penyiaran, tetapi pendapatan hari perlawanan menurun daripada $53.2 juta kepada hanya £7.2 juta disebabkan permainan yang dimainkan secara tertutup.

Juara Eropah itu juga gagal menjana keuntungan sebanyak mana daripada pasaran perpindahan, membuat £27.9 juta berbanding £142.6 juta tahun sebelumnya.

Kedatangan Romelu Lukaku dengan rekod perpindahan kelab yang bernilai £97.5 juta datang 12 Ogos lalu tidak termasuk dalam keputusan tersebut.

Advertisement

Must Watch Video