N'Golo Kante memberitahu rakan sepasukannya di Chelsea bahawa mereka perlu berusaha lebih gigih untuk membantu Eden Hazard susulan keputusan seri 0-0 di laman sendiri ketika berdepan Southampton, awal pagi semalam.
Hazard menyinar musim ini walaupun berdepan beberapa kekangan, menyumbangkan 10 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam 20 penampilan Liga Perdana Inggeris.
Namun, dia dilihat tidak dibantu untuk mengubah nasib Chelsea di Stamford Bridge semalam tatkala aksi longlai menyaksikan The Blues mencicirkan mata dalam dua perlawanan berturut-turut di laman sendiri.
Hazard menampilkan aksi memukau tetapi rakan sepasukannya dilihat tidak beraksi di tahap sama sepertinya.
Kante mengakui sumbangan Hazard tetapi menegaskan seluruh pasukan perlu turut sama memberikan bantuan buat The Blues.
"Kami sedar Hazard adalah pemain hebat, dia banyak membantu kami musim ini serta sebelumnya," ujar Kante.
"Dia mampu memberikan perbezaan bila-bila masa tetapi kami perlu bersatu. Kami mencipta peluang tetapi mensia-siakannya. Ia detik sukar, namun kami harus bangkit."
Keputusan seri yang mengecewakan itu hadir beberapa jam selepas Chelsea mengesahkan perjanjian di penghujung musim untuk membawa masuk bintang muda Borussia Dortmund, Christian Pulisic, dengan nilai GBP58 juta (RM303 juta).
Pemain Amerika Syarikat itu akan kekal di Dortmund menerusi pinjaman sehingga tamat musim ini tetapi pertahanan The Blues, Cesar Azpilicueta, teruja melihat pasukannya mendapatkan pemain muda terbaik dunia.
"Chelsea adalah kelab hebat dan persaingan sangat tinggi," kata pertahanan Sepanyol itu.
"Setiap masa kami perlu mendapatkan keputusan bagus dan beraksi dengan baik. Ia sentiasa menjadi tuntutan buat Chelsea sehingga kini.
"Jelas sekali saya gembira melihat Chelsea mendapatkan Pulisic. Dia adalah pemain muda berbakat dan akan hadir pada musim panas nanti.
"Untuk enam bulan seterusnya, dia akan kekal di Dortmund tetapi saya gembira kami meraih khidmat pemain muda. Diharapkan dia akan beraksi bagus buat kami."