Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Chelsea hidupkan peluang beraksi di Eropah, tumbangkan juara liga dengan penuh bergaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cole-palmer.jpg
Chelsea menghidupkan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool di Stamford Bridge.

Enzo Fernandez dan Cole Palmer menemui sasaran ketika skuad kendalian Enzo Maresca kini memasuki kelompok lima pasukan teratas EPL.

Fernandez membuka jaringan seawal minit ketiga permainan, mengawal rapi hantaran silang Pedro Neto sebelum menyumbat masuk bola melepasi Alisson.

The Blues menggandakan kelebihan dengan penuh bergaya pada minit ke-58, apabila usaha Virgil van Dijk mengeluarkan bola daripada kotak penalti terkena Jarrell Quansah dan menjaringkan gol sendiri.

Van Dijk memberikan harapan buat The Reds lima minit sebelum tamat permainan apabila menanduk masuk sepakan sudut Alexis Mac Allister.

Bagaimanapun, Chelsea menutup permainan dengan kemenangan bergaya, selepas Cole Palmer menyempurnakan sepakan penalti yang berpunca daripada Quansah menjatuhkan Moises Caicedo.
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video