Sebelum ini, The Blues didakwa sedang berusaha untuk mendatangkan kapten Portugal berusia 37 tahun berkenaan, yang dikatakan sudah memaklumkan hasratnya kepada United untuk meninggalkan Old Trafford.
Bagaimanapun, laporan yang tersebar luas berkata Chelsea mula mengalihkan tumpuan mereka daripada pemain itu selepas mengadakan perbincangan dengan Thomas Tuchel, di mana pengurus itu mahukan seorang penyerang serba boleh menjelang musim depan.
Pasukan yang berpangkalan di Stamford Bridge itu kelihatan tidak akan membeli seorang lagi penyerang selepas sah mendapat pemain kebangsaan England, Sterling, daripada Manchester City setelah Romelu Lukaku dipinjamkan kepada Inter Milan.
Ronaldo, yang dilaporkan turut menerima tawaran daripada Bayern Munich, Napoli dan Paris Saint-Germain (PSG), tidak menyertai sesi latihan United minggu lalu dan tercicir daripada jelajah pramusim The Red Devils kerana perlu menyelesaikan urusan keluarganya.
Laporan di Portugal pula mendakwa sebuah pasukan daripada Arab Saudi telah memberikan tawaran lumayan buat pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or berkenaan tetapi penyerang itu lebih memilih untuk kekal di Eropah dan bersaingan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
30 hat-tricks before 30 and 30 hat-tricks after 30. It’s time to unbalance the scale! ?? pic.twitter.com/McgGZBmzyh
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) April 17, 2022