Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, mengakui prestasi buruk sejak perayaan Krismas menyentak semangat berpasukan kelab itu.
The Blues akan bertandang ke Aston Villa awal pagi esok setelah memenangi hanya tiga daripada 11 perlawanan terakhir mereka dengan satu daripada kemenangan itu datang menentang kelab divisyen kedua, Morecambe, dalam pusingan ketiga Piala FA.
Maresca berkata: "Semangat berpasukan pada masa ini dilanda kekecewaan.
"Kami perlu kecewa kerana kami tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai. Kami sedar bahawa kami berada di sebuah kelab yang bukan untuk bertahan, sebaliknya berjuang untuk memenangi gelaran.
"Mereka adalah pemain yang sama yang telah mengharungi 19-20 perlawanan dan sempat menguasai kelompok empat teratas, malah tangga kedua bagi kebanyakan musim ini.
"Yang pastinya, selepas detik ini, mereka akan menjadi pemain lebih baik dan lebih profesional."

Next up in our Premier League campaign ? pic.twitter.com/27AlDnvnwo
— Aston Villa (@AVFCOfficial) February 21, 2025