Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea bukan pasukan sempurna -- Zola

alvaro-morata-cropped_1tfi1i3gdii231lqjowpzty6ke.jpg
Gianfranco Zola berkata Chelsea bukan sebuah pasukan yang sempurna dan tidak mencipta banyak peluang walaupun menguasai sesuatu perlawanan.

Zola merupakan pembantu kepada pengurus The Blues, Maurizio Sarri, yang mengakui Chelsea tidak begitu baik dalam jarak 20 meter terakhir sehingga menyebabkan mereka diikat tanpa jaringan oleh Southampton.

Tatkala kebanyakan peminat Chelsea gembira dengan sumbangan yang diberikan oleh penggempur yang sedang bergelut, Alvaro Morata, Zola berasa ia melibatkan isu yang lebih besar.

Bercakap ketika sidang media menjelang pusingan ketiga Piala FA menentang Nottingham Forest malam ini, Zola berkata: "Saya boleh katakan bahawa Barcelona berdepan masalah di jarak 20m terakhir suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan Bayern Munich dan Manchester City.

"Ada isu yang lebih besar, iaitu kami tidak mencipta peluang walaupun memegang bola dengan lama. Ia sebahagian daripada proses dan kami bukan pasukan sempurna.

"Southampton tidak mudah untuk dijinakkan. Apabila anda berdepan lima perlawanan, aksi keenam pasti sukar. Kami perlu memberi lebih perhatian."

Penyerang yang hadir daripada Real Madrid pada Julai 2017, Morata, dilihat bergelut untuk menyinar di Stamford Bridge dan kini hanya menyumbat lima gol dalam 16 penampilan liga musim ini.

Ditanya mengenai penilaian prestasi Morata, Zola berkata: "Ia tentang keyakinan.

"Saya pernah menjadi penyerang dan memang sukar apabila anda cuba mendapatkan jaringan tetapi ia tidak berpihak kepada anda. Itu yang berlaku.

"Morata perlu tahu kepentingan buat kelab. Corak permainan kami membantu barisan depan untuk menyumbat gol.

"Corak permainan kami membantu penyerang untuk menjaringkan gol. Anda perlu terus bekerja dan jaringan akan hadir," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video