Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea benam Milan di Stamford Bridge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
Rembatan kencang Reece James melengkapkan kemenangan pertama Graham Potter di Stamford Bridge sebagai pengurus Chelsea ketika The Blues mengatasi AC Milan 3-0 bagi menghidupkan peluang mereka di pentas Liga Juara-Juara.

James melengkapkan kemenangan The Blues, bek kanan England itu turut melakukan bantuan jaringan buat jaringan kedua Pierre-Emerick Aubameyang ketika menyarung jersi Chelsea.

Wesley Fofana membuka jaringan, menampan masuk tandukkan Thiago Silva, sebelum terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

"Ia bukan perlawanan yang mudah. Mereka bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Kemudian kami mengekalkan intensiti yang sangat tinggi. Kami yakin dalam perlawanan ini," kata Aubameyang kepada BT Sport.

"Gol pertama sangat penting. Ia memberi kami kekuatan dan keyakinan. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan menentang Milan. Mereka juga mempunyai penyerang yang hebat. Pemain pertahanan melakukan tugas yang luar biasa hari ini.

"Lebih mudah apabila anda memenangi perlawanan. Suasana sangat baik pada masa ini. Kami akan cuba mengekalkannya."

Chelsea memintas Milan ke tempat kedua Kumpulan E berdasarkan perbezaan jaringan menerusi kemenangan pertama mereka selepas tiga perlawanan UCL musim ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video