Skip to main content

Bola Sepak

Ceferin: UCL, UEL perlu tamat awal bulan Ogos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ceferin.jpg
Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, mengesahkan 3 Ogos adalah tarikh terakhir untuk final Liga Juara-Juara (UCL).

Pandemik koronavirus telah menghenti semua saingan sukan di setiap negara, dengan sistem bola sepak Eropah menerima impak pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Saingan utama Eropah telah digantung untuk jangka masa panjang dan UEFA telah menunda Euro 2020 selama 12 bulan, memberikan saingan kelab disempurnakan terlebih dahulu.

Sasarannya masih untuk kempen 2019-20 yang akan berakhir menjelang akhir bulan Jun, tetapi ia dianggap tidak realistik, menimbulkan perdebatan mengenai apa yang akan berlaku jika pandemik gagal beransur pulih.

Ceferin sekurang-kurangnya cuba menawarkan penjelasan bagi saingan UCL dan Liga Europa (UEL), dengan pembatalan saingan adalah salah satu jalan penyelesain jika pertandingan tidak dapat diselesaikan pada awal bulan Ogos.

Beliau juga memberikan bayangan terhadap potensi perubahan saingan peringkat kalah mati.

"Ia perlu berakhir 3 Ogos ini, saingan UCL dan UEL," kata Ceferin.

"Kita berada dalam situasi yang luar biasa. Jadi kami perlu fleksibel dengan tarikh dan waktu permainan dijalankan. Jika krisis ini berakhir awal, kita boleh mempercepatkan saingan.

"Kami boleh meneruskan sistem yang sama, atau satu perlawanan di stadium neutral. Buat masa ini, kami masih lagi berusaha mendapatkan jalan yang terbaik."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video