Ceferin menyandang jawatan itu sejak dipilih pada 2016 dan kini akan kekal hingga sekurang-kurangnya 2027 selepas sah menang tanpa bertanding.
Dalam penggal terdahulu, rakyat Slovenia itu perlu menangani ancaman awal Liga Super Eropah pada April 2021.
Walaupun usaha itu berhasil dipatahkan selepas beberapa pasukan menarik diri di celah-celah bantahan peminat, kelab berprofil tinggi -- khususnya Barcelona, Real Madrid dan Juventus -- terus menyokong cadangan format 80 pasukan tahun ini.
Bagaimanapun, ketika berucap dalam kongres UEFA di Lisbon awal pagi tadi, Ceferin menawarkan penilaian yang sangat berbeza terhadap projek itu.
“Mereka yang mempromosikan projek itu kini berkata mahu menyelamatkan bola sepak,” katanya.
2️⃣0️⃣2️⃣7️⃣ UEFA President Aleksander Čeferin has been re-elected for a further four-year term at #UEFACongress in Lisbon. pic.twitter.com/zliYcPZd2H
— UEFA (@UEFA) April 5, 2023
"Ia adalah satu usaha yang baik, tiada siapa yang pernah mati akibat berasa malu. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Liga Super telah bertukar menjadi watak dalam Little Red Riding Hood: iaitu seekor serigala yang menyamar sebagai nenek yang bersedia untuk membaham anda.
"Namun, tiada siapa yang tertipu. Ini kerana kami di sini mempunyai dua pandangan yang bertentangan. Mereka mempunyai sikap sinis terhadap moral. Mereka mementingkan diri berbanding perpaduan. Mereka mempunyai ketamakan atas kebajikan.
"Mereka tidak menerima pandangan pihak lain. Mereka pentingkan diri sendiri berbanding kebahagian orang lain. Ini satu pembohongan yang memalukan terhadap kebenaran. Mereka memilih menjadi pewaris berbanding pembina. Kartel mengatasi meritokrasi dan demokrasi. Harga saham mereka itu sendiri mengatasi merit sukan. Mereka mencari keuntungan berbanding memburu trofi.
"Sekiranya ada sesuatu yang tidak boleh kita lupakan dan tidak dapat dilupakan oleh sesiapa pun, 'bola sepak adalah dan akan sentiasa kekal sebagai sukan rakyat'."
Sementara itu, Caferin tidak bersetuju dengan pendapat Presiden LaLiga, Javier Tebas, bahawa kelab EPL dipengaruhi elemen kewangan semata-mata dengan melabelnya sebagai punca ketidakseimbangan ekonomi dalam bola sepak Eropah.
"Cemburu adalah penasihat yang tidak baik," katanya lagi.
“Sebelum ini UEFA yang menerima kritikan, kini nampaknya EPL pula yang difitnah dan harus ditumbangkan.
"EPL dicipta melalui sistem kesaksamaan dan perpaduan antara kelabnya. Berbanding adalah satu model untuk dimusnahkan, ia sepatutnya menjadi model untuk ditiru."