Cedric Soares menyertai Inter Milan daripada Southampton secara pinjaman sehingga akhir musim ini.
Pertahanan itu melengkapkan perpindahannya semalam selepas tiba di Milan untuk menyempurnakan proses pemeriksaan kesihatan, 24 jam lebih awal.
Inter mempunyai pilihan untuk menawarkan kontrak tetap kepada pemain berusia 27 tahun itu dengan nilai €11 juta (RM51.7j).
Pengurus, Luciano Spalletti, berminat untuk meningkatkan pilihannya di bahagian benteng berikutan Sime Vrsaljko bergelut dengan masalah lutut sejak tiba secara pinjaman dari Atletico Madrid, Julai lalu.
Pertahanan Manchester United, Matteo Darmian dan Antonio Valencia, turut dikaitkan ke San Siro.
Cedric, pemenang Kejohanan Euro 2016 bersama Portugal, telah membuat 119 penampilan untuk Southampton selepas tiba daripada Sporting CP pada 2015.