Skip to main content

Bola Sepak

Cavani beri bayangan bersara

cavani.jpg
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, mencadangkan dia mungkin bersara selepas kontraknya tamat pada 2020.

Cavani menyertai PSG daripada Napoli pada 2013 dan telah mencetak namanya dalam sejarah kelab Paris itu.

Walaupun sekadar menjaringkan 16, 18 dan 19 gol dalam tiga musim pertama, persembahannya melonjak bagi musim 2016-17, dengan meledak 35 gol dalam 36 aksi Ligue 1.

Musim lalu, Cavani meraih 28 gol daripada 32 aksi liga, sekali gus menjadi penjaring terbanyak mengatasi Zlatan Ibrahimovic dengan 157 gol.

Di sebalik kejayaan yang diraih di Paris sejak beberapa tahun lalu, penyerang kelahiran Uruguay itu sentiasa dikaitkan bakal kembali ke Serie A tetapi Cavani masih belum memutuskan masa depannya dan berkemungkinan bersara selepas kontraknya berakhir.

"Saya berniat untuk kekal sehingga tamat kontrak saya dan mungkin saya sudah sampai ke penghujung perjalanan selaku pemain bola sepak," kata Cavani.

"Saya tidak tahu jika saya akan kekal beraksi selepas 2020. Buat masa ini, saya mahu menamatkan kontrak bersama PSG terlebih dahulu."
 

Advertisement

Must Watch Video