Pemilik Cardiff City, Vincent Tan, menzahirkan ingatan dan doa buat keluarga Emiliano Sala selepas operasi mencari dan menyelamat pemain itu ditamatkan.
Sala, yang melengkapkan perpindahan daripada pasukan Ligue 1, Nantes, menerusi rekod yuran perpindahan tertinggi Cardiff, bersama juruterbang, David Ibbotson, merupakan dua mangsa yang menaiki pesawat ringan yang didapati hilang ketika dalam penerbangan ke ibu kota Wales itu, Isnin lalu.
Selepas menjalankan operasi pencarian yang meliputi kawasan seluas 1,700 batu persegi sekitar Kepulauan Channel, pihak Polis Guernsey menerusi kenyataan yang dikeluarkan ketua pelabuhan, Kapten David Barker, mengesahkan misi pencarian itu terpaksa ditamatkan selepas pasukannya tidak menemui sebarang petanda dan jejak penumpang dan pesawat malang itu.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Cardiff, Vincent berkata: "Berita yang diterima pada Isnin lalu mengejutkan seluruh warga Cardiff City.
"Kami sedang berusaha untuk memberikan Emiliano satu fasa baru dalam kariernya.
"Setiap yang mengenali Emiliano menggambarkannya sebagai seorang yang berperwatakan baik, rendah diri dan pemain muda yang mengejar impian untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
"Reaksi yang diberikan oleh komuniti bola sepak dunia amat menyentuh hati dan kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.
"Kami juga ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Kami akan terus berdoa buat Emiliano, Ibbotson dan keluarga mereka," katanya.