Skip to main content

Bola Sepak

Calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung bulan depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, memaklumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan depan.

Jelasnya, FAM sudah menyerahkan notis kongres dan borang pencalonan kepada semua ahli gabungannya pada Selasa lalu sementara tarikh tutupnya 16 Januari depan. 

Seterusnya senarai calon akan dihantar untuk proses tapisan integriti sebelum senarai akhir yang layak bertanding diumumkan.

"Notis tersebut telah dikeluarkan oleh Jawatakan Kuasa Pemilihan (FAM) yang dipengerusikan Prof DR Datuk Abdullah Mohamad Said, yang memberi tempoh hingga 16 Januari, jam 5 untuk tengok berapa banyak pencalonan yang akan diterima. 





"Kami mengharapkan pencalonan ini berjalan lancar dan kami serahkan kepada persatuan-persatuan negeri untuk mencalonkan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi, sebentar tadi. 

Untuk rekod, hanya 18 ahli gabungan yang boleh melaksanakan pencalonan selepas Persatuan Bolasepak Perlis (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan penggantungan sebagai ahli gabungan badan induk bola sepak negara itu.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video