Legenda Australia, Craig Johnston, berpendapat pemain veteran, Tim Cahill, layak untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan menjelang aksi Piala Dunia 2018.
Cahill adalah penjaring terbanyak buat Australia dalam pusingan akhir Piala Dunia selepas menjaringkan lima gol, termasuk jaringan hebat dalam tiga kejohanan terakhir.
Penyerang veteran itu kini masih menanti jawapan tatkala pengendali, Bert van Marwijk, masih belum menamakan senarai 23 pemain dan Cahill diletakkan di bangku simpanan ketika aksi persahabatan bertemu Republik Czech, semalam.
Bagaimanapun, legenda Liverpool serta bekas tonggak tengah Australia, Johnston, percaya perwatakan dan kebolehan yang ada pada Cahill membuatkannya sentiasa pilihan yang bijak.
"Sejujurnya, saya rasa dia patut bersama pasukan," katanya.
"Saya mengenali individu yang pernah bekerja dengannya dan dia menjadi penyelamat dalam tiga edisi Piala Dunia. Dia seorang pemain yang sentiasa membantu rakan sepasukan dalam mendapatkan persembahan terbaik.
"Van Marwijk sedar apa yang dilakukan. Membawanya masuk dalam lewat permainan untuk aksi akrobatik, sudah pasti tiada pemain sehebat Cahill."
Cahill yang kini beruia 38 tahun telah mencatat 11 jaringan ketika aksi kelayakan sebelum ini.