Harry Kane menegaskan bahwa dia menikmati tekanan baru yang sedang dihadapinya untuk memenangi gelaran di Bayern Munich dan sedar kejayaan di Jerman dapat meletakkan namanya selaku pencabar Anugerah Ballon d'Or.
Ia merupakan minggu penuh turun naik buat kapten England berkenaan selepas meninggalkan kelab sejak zaman remajanya, Tottenham, dengan yuran perpindahan awal bernilai £100 juta (RM591 juta) hujung minggu lalu.
Kane kemudian melakukan penampilan pertamanya pada hari yang sama ketibaannya di Bayern, di mana juara Bundesliga itu tewas 0-3 kepada RB Leipzig dalam penentuan Piala Super DFL.
Pemain berusia 30 tahun itu berkemahuan untuk menambah kejayaan secara berpasukan bagi meningkatkan peluangnya untuk memperoleh kejayaan individu sepanjang tempohnya di Munich.
"Ramai orang bercakap mengenai trofi dan sebab saya datang ke sini tetapi saya sememangnya mahu meningkat," katanya kepada Sky Sports.
"Untuk dapat rasakan satu tekanan baru dalam memenangi gelaran setiap tahun, untuk pergi jauh dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan mendorong diri saya sehingga ke batasannya.
"Saya fikir jika anda memenangi perlawanan, memenangi gelaran, memenangi UCL dan anda antara yang kerap bermain, ia bermakna saya boleh menjaringkan gol dan ia akan disusuli dengan memenangi anugerah individu.
"Tetapi semua itu hanya akan tiba daripada apa yang anda capai secara sepasukan. Itulah fokus utama saya dan ia bermula pada Jumaat ini.
"Kami memiliki musim panjang selepas ini. Banyak tekanan buat Bayern dalam memenangi liga dan pergi jauh dalam UCL.
"Itulah yang memberikan saya keterujaan untuk mencuba dan mencabar diri saya," katanya.

Harry's new home ?❤️#MiaSanMia #Supercup #FCBRBL pic.twitter.com/1r5IWcgFfK
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) August 12, 2023