Skip to main content

Bola Sepak

Buffon ke PSG bukan sebab wang

buffon-psg.jpg
Gianluigi Buffon menegaskan perpindahannya ke kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), bukan disebabkan wang, bahkan dia tidak akan 'melacurkan' cita-citanya dalam bola sepak.

Buffon hampir pasti menamatkan karier bola sepaknya selepas kontraknya bersama Juventus tamat musim lalu.

Namun, PSG berjaya memujuk penjaga gol itu untuk menangguhkan hasrat persaraannya setahun lagi.

Ramai menganggap keputusan itu didorong oleh kemewahan kelab yang dimiliki hartawan Qatar itu.

Namun, pemain berusia 41 tahun itu menganggap kata-kata itu hanya bersifat dengki dan iri hati.

"Setiap manusia pasti memiliki sifat dengki dan iri hati," katanya kepada Corriere della Sera.

"Apa yang penting, saya tidak akan terkesan dengan penilaian dan tanggapan orang lain.

"Saya tidak akan melacurkan cita-cita dan impian saya kerana wang.

"Jika mahu, saya boleh lakukannya sejak lama dulu.

"Wang amat penting untuk kehidupan yang lebih baik, namun saya bukanlah terlalu naif.

"Mereka menganggap saya orang gila, seperti orang di tempat yang tiada burung.

"Namun, minat menjadikan saya kekal muda dan jika saya mahu terus beraksi, saya tidak boleh menjadi seperti seorang datuk tua.

"Adakalanya saya seperti lebih muda daripada pemain berusia 20 tahun dan mereka seakan-akan melupakan umur sebenar saya.

"Saya amat berbangga untuk menyertai PSG," katanya.

Advertisement

Must Watch Video