Skip to main content

Bola Sepak

Buatlah sesuatu untuk kelab anda, jika ingin bantu sila hubungi kami -- Pemilik majoriti KDA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Pemilik saham terbesar Kedah Darul Aman (KDA),  Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, menjelaskan situasi terkini pasukan itu yang sedang bergelut dengan pelbagai isu khususnya masalah kewangan yang semakin meruncing.

Daud Bakar dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman rasmi kelab tersebut menafikan naratif sesetengah pihak yang menuntutnya supaya membubarkan sahaja pasukan bola sepak itu dan mahu meneruskan perjuangan sehingga tamat musim meskipun keadaan amat mencabar.

"Mana mungkin saya menyerah kalah sebelum saya berusaha terlebih dahulu dan Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji musim 2023 pada awal April 2024 dan kelab dibenarkan bertanding bagi musim baharu 2024/2025. 




"Saya komited dan akan menggunakan segala kemampuan serta sumber yang ada sebagai pemegang saham majoriti untuk memastikan kelab ini terus bertahan walaupun dalam serba kekurangan," katanya.

Di samping menghadapi rintangan mencari sedikit rezeki untuk tujuan perbelanjaan, selain mengharapkan jualan tiket dan barangan pasukan, Daud Bakar menyeru peminat Sang Kenari untuk melakukan sesuatu bagi membantu pasukan kesayangan. 

"Kalau anda ingin membantu, sila hubungi kami. Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama, dana, serta sokongan yang mampu membantu untuk terus berjuang demi maruah bola sepak negeri Kedah," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video