Skip to main content

Bola Sepak

Brendan Gan kembali ke kelab zaman remajanya di Australia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brendan-gan.jpg
Brendan Gan difahamkan akan kembali ke Australia untuk menyertai semula kelab zaman remajanya, Sutherland Sharks.

Ini selepas laman web terkemuka, transfermarkt, mendaftarkan perpindahan pemain tengah itu daripada Kuala Lumpur City secara percuma.

Seandainya ia benar, Brendan akan bergandingan dengan Nick Sullivan dan Dylan Susovic bagi membantu Sharks menghadapi saingan National Premier League – New South Wales.

Sebagai rekod, Brendan mewakili skuad remaja Sharks dari 2000 hingga 2007, di mana dia turut mewakili skuad senior mereka pada 2008 sebelum ke Sydney FC.

Pemain berusia 37 tahun itu pernah berkhidmat selama hampir lima musim di Selangor sebelum menyertai KL City musim lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video