Warga Vietnam sedikit masa lagi mungkin akan mampu merealisasikan hasrat untuk melihat pemain muda mereka, Brandon Ly yang kini mewakili pasukan kelab Burnley bawah 21 tahun menyarung jersi kebangsaan negara itu.
Ia susulan hasrat terbuka yang diluahkan oleh pemain tersebut untuk berbuat demikian dalam sedikit masa lagi.
Pemain tengah kelab Burnley itu merupakan warga kelahiran Ireland namun ayahnya adalah warganegara Vietnam.
Brandon turut menyatakan hasrat untuk mengintai peluang untuk beraksi dalam kancah liga utama negara itu iaitu V.League.
"Tentunya saya mahu untuk kembali bermain bagi pasukan negara ayah saya dan juga di sini satu hari nanti. Saya masih kekal mengikui V.League." Katanya ketika ditemubual oleh media pada Isnin.
Beliau turut mengakui bahawa perbincangan sudahpun diadakan untuk merealisasikan hasratnya itu dengan sebuah kelab V.League namun ia masih diperingkat awal.
"Separuh darah saya adalah keturunan Vietnam dan saya harap saya mampu mewakili Vietnam dan menyumbangkan kejayaan buat mereka di peeringkat antarabangsa satu hari nanti."Katanya lagi.
Brandon turut mengakui terpesona dengan perkembangan pasukan Vietnam yang telah menunjukkan kemajuan yang pantas terutamanya dalam saingan Piala AFF.
"Saya benar-benar ingin menyarung jersi Vietnam dan saya harap saya mampu membantu mereka untuk menyumbang kejayaan dalam kejohanan berprestij dan mungkin termasuk dalam saingan di Piala Dunia satu hari nanti." Jelas Brandon