Perak berdepan laluan berliku dalam usaha bangkit memadam defisit 3-1 dengan Pahang dalam pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia malam esok apabila Yashir Pinto menjadi pemain terbaru selepas Hafiz Kamal yang terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan sehingga penghujung musim.
"Ini perlawanan penting buat Perak, tambahan ia bukan tugas mudah kerana Pahang memiliki pemain tempatan dan import yang bagus.
"Kami kehilangan dua tonggak, Hafiz dan Yashir.
"Saya harap dengan sokongan peminat pada malam esok, kami akan melancarkan asakan untuk mendapatkan dua gol dan seterusnya memastikan kemaraan," ujar pengendali The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic.
Bekas pemain pertahanan itu juga berharap anak buahnya tidak mengulangi kesilapan di bahagian benteng yang menyaksikan mereka dibolosi enam gol dalam dua perlawanan.
"Ia tidak bagus tetapi jika kami dapat menjaringkan dua gol esok, ia tidak akan menjadi masalah.
"Sebahagian gol yang dibolosi merupakan kesilapan individu dan ia menjejaskan kami.
"Kalau kami dapat menghentikannya, kami akan mencapai keputusan yang hebat," tambahnya.