Ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick, yakin bintang Bayer Leverkusen, Florian Wirtz, mampu mengekalkan sentuhannya biarpun dilanda kecederaan lutut.
Pemain berusia 18 tahun itu tercedera ketika memalingkan badannya pada minit ke-28 perlawanan dalam kekalahan Bundesliga 0-1 kepada Cologne, Sabtu lalu.
Wirtz telah membuat empat kemunculan bersama pasukan senior kebangsaan sejak penampilan sulungnya pada September lalu, tetapi berdepan kesuntukan masa untuk cergas bagi menghadapi Piala Dunia di Qatar, November depan.
Berita itu merupakan tamparan hebat buat Flick menjelang kejohanan pertamanya mengendalikan Jerman, tetapi bekas pengurus Bayern Munich tersebut menaruh keyakinan tinggi bahawa Wirtz sempat pulih sepenuhnya.
"Dia adalah salah seorang pemain berbakat besar yang pernah dihasilkan oleh bola sepak Jerman dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya di laman sesawang rasmi DFB.
"Sebab itu kami semua terkejut apabila mendapat tahu ligamennya terkoyak. Saya sudah menelefonnya dan cuba memberikan kata-kata semangat kepadanya.
"Dia masih muda, saya pasti setidak-tidaknya dia akan kembali sama kuat. Dia mendapat sokongan penuh kami.
"Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan memastikan proses pemulihannya berjalan di tahap optimum yang mungkin."