EPL

Bintang EPL kongsi pengalaman kenali Hong Wan

Stadium Astro
Ammar Hakim
01/03/2025
06:20 MYT
Sponsor Banner
Bintang EPL kongsi pengalaman kenali Hong Wan
Bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) Max Kilman, kongsi detik mengenali pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan, sewaktu bersama Wolverhampton Wanderers.
Hong Wan memperoleh pendedahan awal bola sepak profesional ketika bersama Wolverhampton Wanderers pada usia muda. Sebagai seorang pemain berbakat dari Malaysia, peluang untuk bermain di salah satu liga terbaik dunia, Liga Perdana Inggeris, adalah pencapaian yang luar biasa.
Pada awalnya, Hong Wan menyertai akademi kelab tersebut, di mana dia berusaha menunjukkan kemahirannya di peringkat muda dan berkembang menjadi pemain yang lebih matang.
Seorang bekas pemain Wolves, Max Kilman, yang kini berkelana ke West Ham, berkongsi menerusi Adam Talks, pengalaman mengenali Hong Wan.
"Saya masih mengingati pengalaman ketika kami menjalani kem pra-musim di Shanghai, seorang pemain yang merendah diri, sentiasa menampilkan usaha untuk meningkatkan kualiti permainan dan menjadi pemain yang beraksi di peringkat profesional.
"Tahniah buat dirinya apabila berjaya menempah nama bersama pasukan di Malaysia dan saya berharap untuk dirinya terus meningkat naik."
JDT dalam persiapan untuk menghadapi aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Buriram United 4 Mac ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video