Skip to main content

Bola Sepak

Bilic gembira dengan kemenangan pertama West Ham

12917slavenbilic.jpg
WEST HAM 2 HUDDERSFIELD TOWN 0

Pengendali West Ham, Slaven Bilic, berkata ia sudah menjadi kebiasaan buat dirinya berada dalam keadaan tertekan apabila West Ham berjaya meraih kemenangan pertama musim 2017-18 ke atas Huddersfield Town.


Sejak permulaan musim di tempat lawan, The Hammers tanpa sebarang mata menghadapi aksi di Stadium London, di mana jaringan telah dihasilkan pada 20 minit terakhir oleh Pedro Obiang dan Andre Ayew.

Bilic mendedahkan rasa gembira apabila pasukannya meraih tiga mata, malah mengatakan sudah membiasakan diri dengan tekanan yang dihadapi sejak musim lalu.

"Saya gembira dengan persembahan pemain-pemain," kata Bilic.

"Ini merupakan kemenangan yang penting kerana tewas dalam tiga perlawanan di tempat lawan.

"Saya dapat berasakan tekanan ini sejak musim lalu. Tetapi pemain-pemain telah memberikan yang terbaik bagi memastikan tiga mata berjaya diraih."

"Kami berharap momentum ini dapat diteruskan dalam perlawanan akan datang bagi membantu pasukan terus meraih tiga mata."

Advertisement

Must Watch Video