Skip to main content

Bola Sepak

Biarlah MFL-FAM selesaikan, AFC enggan campur isu bola sepak Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) harus mencari jalan atau membantu menyelesaikan kemelut beberapa kelab yang mengalami rintangan besar beraksi dalam kancah tempatan.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi ruang kepada dua entiti utama itu untuk mengendalikan masalah tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor. 

Rentetan banyak spekulasi mengenai status penyertaan pasukan dalam Liga Super, AFC enggan mencampuri urusan tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada FAM dan MFL meskipun barada dalam pengetahuan badan induk bola sepak Asia itu.

Berdasarkan laporan media tempatan, AFC menyeru agar FAM dan MFL mencari jalan supaya ia tidak terus menjadi kelaziman dalam arena bola sepak negara.

"Kita tidak campur urusan atau apa yang berlaku dalam senario bola sepak Malaysia. Biarlah pengurusan baharu FAM dan MFL menyelesaikan masalah terbabit.

"Kepimpinan baharu FAM juga harus diberikan peluang untuk merangka strategi berkesan supaya masalah kewangan dan tunggakan gaji pasukan Liga Super dapat diselesaikan segera.

"Namun, sebenarnya agak menyedihkan apabila terdapat pasukan terpaksa ditutup kerana menghadapi masalah kewangan kronik kerana ia sebenarnya adalah satu kerugian," katanya kepada Arena Metro.

Tanda tanya berkenaan Kedah, Kelantan Darul Naim (KDN), Sri Pahang dan terbaru Perak, masih lagi tidak diketahui dan harus menunggu keputusan akhir adakah benar pasukan-pasukan itu tidak akan lagi bertanding musim depan. 

Untuk rekod, masalah kewangan dan tunggakan gaji merupakan topik utama kepada barah yang semakin besar dalam bola sepak tempatan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video