Spekulasi mengenai rombakan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan satu perkara yang mengejutkan walaupun bintang Harimau Selatan terus bergemerlapan di persada Liga Malaysia.
Ia diakui bekas pertahanan JDT, Nazri Ahmad, dalam perkongsiannya bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, selepas pasukan itu muncul kelab pertama meraih gelaran 'triple quadruple'.
Perkembangan JDT mendapat tumpuan apabila difahamkan ketua jurulatih, Hector Bidoglio, dan 10 pemain tidak kekal bersama kelab gergasi Asia Tenggara itu musim depan.
Selain kapten, Jordi Amat, dan penyerang Jorge Obregon, JDT juga dikatakan melepaskan pertahanan kental Shane Lowry, dan bekas penyerang Real Madrid, Jese Rodriguez.
Ini termasuk tiga pemain yang menyerlah ketika kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) iaitu pemain tengah, Jonathan Viera, pertahanan, Alvaro Gonzalez, serta bek kiri, Murilo.
"Mungkin di mata kita, mereka sudah cukup bagus dan hanya perlu sedikit perubahan tetapi bagi pihak pengurusan, di mana mereka lebih dekat, mungkin ada isu yang kita tidak tahu.
"Secara peribadi, saya memandangnya dengan positif, di mana Tunku Mahkota Ismail (Pemilik JDT), seperti yang kita sedia maklum, akan sentiasa melakukan perubahan untuk mendapatkan yang terbaik. Dia tidak akan memandang ke belakang, dia lima langkah ke depan.
"Mereka sentiasa meletakkan sasaran dalam liga paling tinggi dan pencapaian paling tinggi yang mereka boleh capai.
"Liga di Malaysia lebih kepada persiapan untuk mengekalkan momentum mereka.
"Setahu saya, mereka memiliki dua pasukan berbeza, satu pasukan untuk Liga Super dan satu pasukan untuk ACLE.
"Jadi, mungkin perubahan yang dilakukan itu adalah setelah Tuanku melihat ada perjanjian dan KPI jurulatih dan pemain yang tidak tercapai," katanya.