Skip to main content

Bola Sepak

‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim-2024.jpg
"Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh untuk pulih dengan tenang".

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.

“Alhamdulillah semangat keluarganya baik dan daripada segi proses rawatan diterima Faisal tentu sekali mengambil masa panjang.

“Setiap yang terbaik sudah diberikan daripada sudut perubatan, sokongan bukan sahaja kepada Faisal tetapi juga kepada ahli keluarganya.

“Kita perlu beri ruang pemulihan sepenuhnya kepada Faisal. Dia ada tanda tanda positif, tentu sekali orang macam Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih. Itu yang kita harap, itu yang kita doakan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program semarak Hari Belia Negara (HBN) @ Kementerian Belia dan Sukan di Menara KBS Putrajaya pada Rabu.

Dalam pada itu, Adam yang turut menziarahi keluarga Faisal baru-baru ini berkata beliau dimaklumkan mengenai keadaan Faisal oleh keluarganya bahawa Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.

“Dia (Faisal) kini berada di ruangan sensitif. Kalau boleh kurangkan contact, kita pun tidak mahu ganggu emosinya. Yang disampaikan oleh keluarganya, dia dah boleh berjalan, boleh makan dengan baik, tumpuan masih diberikan kepada pemulihan sepenuhnya.

“Dia keluar dari ICU tempoh hari, itu memang betul tetapi belum tentu dia boleh dia keluar dari hospital kerana masih memerlukan tumpuan rawatan yang rapi dan baik,” katanya.

Terdahulu, Faisal Halim dilaporkan berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.

Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, doktor masih memantau tahap pemulihannya dan hanya doktor pakar di hospital yang boleh memberikan jawapan sebenar mengenai tempoh masa tersebut.-Astro Awani

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video