BOLA SEPAK MSIA
Bergson sudah sah jadi warganegara Malaysia?
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mencuri tumpuan hari ini apabila menambah bendera Malaysia di laman Instagram miliknya.
Satu lagi bendera yang turut diletakkan bersama merupakan bendera negara kelahiranya iaitu Brazil.
Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, turut menjelaskan pemain berusia 33 tahun itu dan Manuel Hidalgo antara pemain yang berpotensi dinaturalisasi bagi memperkuatkan Harimau Malaya.
Iklan
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2025/02-feb/9/bergson.jpg)
"Disiplin adalah kuncinya, Insya-ALLAH boleh. Bergson boleh dinaturalisasikan untuk perancangan jangka pendek selepas cukup lima tahun beraksi di Malaysia.
"Hidalgo juga untuk perancangan jangka panjang bersama pemain yang lain. Semua pemain JDT juga sudah bersedia." katanya.
Untuk rekod, bekas pemain penyerang Fortaleza itu telah menjaringkan 189 gol sepanjang 374 penampilan dalam karier bola sepaknya dengan 31 bantuan jaringan.
Must-Watch Video