Skip to main content

Bola Sepak

Berdepan Aguero umpama mimpi ngeri -- Walker

25917kylewalkersergioaguero.jpg
Bek kanan Manchester City, Kyle Walker, gembira kerana akhirnya dapat berganding bersama Sergio Aguero.

Aguero telah meledak tujuh gol dalam tujuh perlawanan musim ini untuk City dan hanya ketingalan satu gol untuk menyamai rekod gol terbanyak sepanjang zaman yang dilakukan oleh Eric Brooke (177 gol) menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Shakhtar Donetsk.

Walker menyertai skuad bimbingan Pep Guardiola daripada Tottenham sebelum permulaan musim 2017-18 dan sangat gembira kerana dapat berganding bersama penyerang berusia 29 tahun itu, yang telah menjaringkan 10 kali dalam 11 pertembungan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Spurs --termasuk kemenangan 4-1 di Stadium Etihad pada Oktober 2014.

"Berdepan Aguero bagai satu mimpi ngeri," kata Walker. 

"Dia sentiasa menjaringkan gol ke atas kami.

"Dia seorang yang pendiam tetapi sangat positif.

"Berganding bersama Aguero adalah satu bonus. Dia seorang pemain yang berkualiti. Pemain-pemain muda banyak mengambil tunjuk ajar daripadanya."

Advertisement

Must Watch Video