Pengendali Newcastle United, Rafael Benitez, enggan terbawa-bawa dengan kejayaan meraih kemenangan ketiga berturut-turut meskipun penyokong kelab itu memasang hajat untuk beraksi di Eropah.
The Magpies mengetepikan cabaran Stoke City 2-1, malam tadi, sekaligus mengutip sembilan mata daripada lima perlawanan, menyamai rekod pencapaian ketika di bawah kendalian Alan Pardew pada 2012.
Bagaimanapun Benitez -- yang baru kembali daripada pembedahan hernia -- enggan terbawa-bawa dengan prestasi pasukan ketika ini.
"Apabila kami mula melakar kemenangan berturut-turut, penyokong akan mula bercakap tentang bertanding di Eropah. Bagi saya, kami perlu menempuh satu demi satu perlawanan terlebih dahulu," bekas pengendali Real Madrid itu memberitahu BBC.
"Liga ini amat kompetitif dan kami masih dalam proses pembelajaran.
"Kumpulan pemain ini bekerja keras. Kadang-kala kami berdepan beberapa masalah tetapi dengan peluang yang kami hasilkan, saya tahu mereka mampu menghadirkan mata."
Selepas Xherdan Shaqiri menyamakan kedudukan susulan gol pembukaan Christian Atsu, segala-galanya terletak kepada pemain pertahanan, Lascelles, untuk sekali lagi muncul wira.
Kapten itu melepaskan tandukan ke gawang lawan selepas menerima hantaran Matt Ritchie, sekaligus menyamai senario ketika berdepan Swansea City, minggu lalu.
"Kami mendapat banyak peluang dan pemain juga mempamerkan intensiti tinggi," Lascelles memberitahu Sky Sports.
"Kami melakar kemenangan ketiga tetapi kami sepatutnya menang dengan jurang lebih besar."